Minggu, 10 Oktober 2010

LUASNYA NERAKA


Assalaamu'alaikum Wr Wb!!! 
 
Untuk Sahabat semua... 
 
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibu bapa
kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab
seksa api nerakaMu YA ALLAH. 
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula
kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan
amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... 
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw
pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, 
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' 
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan
penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka
Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk
bersuka-suka sebelum ia merasa 
aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu
tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian
seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan
baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang
jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. 
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan
basinya.
 
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg
disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke
bawah 
bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya,
Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur
nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. 
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari
orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' 
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah
lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' 
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah
diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya
Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, 
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.' 
 
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak
kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati
belum sempat bertaubat.' 
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail
meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat
sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' 
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' 
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke
dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
 
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak
dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. 
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 
 
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari
keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia
di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian
makhluk. 
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari
kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR
AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG
MUKMIN kelak di hari qiamat?' 
Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan
oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak
dihilangkan. 
 
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur
mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu
itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA,
sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah
pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. 
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK
dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- 
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. 
 
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan
maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 
'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli
Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan
berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' 
 
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang
belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun
dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang
lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. 
 
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka
sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah
bermaksud : 
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI
yang telah LALU itu.' 
 
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui
dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237 
Untuk renungan dan amalan bersama .... 
============ 
'LAA ILAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZHZHAALIMIIN' 

Sabtu, 09 Oktober 2010

percakapan aj

co: kamu tahu apa definisi dari indah ??
ce: mm..yg jelas indah itu cantik…
co: well bener sih, tp menurut gw …
      indah itu adalah saat dimana kita ngga merasakan sedikit pun
      keburukan di dalamnya ..
      kmu pernah ngerasain yg begitu ???
ce: mungkin kalee ya
co: klo aku sering bgt…dan itu adalah saat…..diriku bersama dengan
dirimu
ce: malu